Minggu, 15 Mei 2011

Manfaat Dari Surat al-ikhlas

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…bismilla hirrahmannirrahim”
Bacalah ayat ini sebelum anda memulai apa-apa saja kerja karena dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar seperti cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan
membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan seandainya tidak
orang di rumah berilah salam karena malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersholat karena salam pertama yang diucapkan pada akhir sholat
akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersholat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersholat, amalan dari pada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya “Siapakah
antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?”
Tidak ada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiann Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah
Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul . Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga kali qatamlah Quran kerana hal itu sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke
barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas (baik
ia laki-laki maupun perempuan)”.


Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s.”


Pesan:
Seandainya kawan-kawan ingin mengumpulkan saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan-kawan yang lain. Seperti sabda Rasulullah SAW ‘Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat
‘.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.